Fenomena >0.01 %

Jauh perjalanan lumayan pengalaman- Peribahasa orang dulu-dulu yang kaya dengan imaginasi yang realiti. Seronok melihat panorama alam, hiruk pikuk jalanraya, riuh rendah gelagat manusia, bercacakan bangunan tumbuh dan sudah semestinya makin kurang kicauan burung (burung mencari makan di jalan raya suatu fenomena yang biasa). Solat jemaah pahala 27 kali ganda (di Masjidil Haram 27 X 100 000 =2 700 000 pahala) MasyaAllah sepanjang hiduppun belum pasti dapat sebahyang sebanyak itu!!!.

Fenomena yang ingin dibincangkan ialah hamba-hamba yang menyahut seruan Ilahi supaya solat. Melihat umat yang datang berjumaah hanya >0.01% sahaja, berapa peratuskah yang solat. Al Rrahman Allah kurniakan di dunia dari Nabi adam a.s sehingga hari Khiamat hanya 1 % daripada 100% nekmat yang Allah SWT sediakan untuk kaum muslimin dan kuffar. 99 % lagi adalah Al Rrahim hanya untuk kaum muslimin sahaja akan diberi di akhirat nanti. Rata-rata kita lihat di semua masjid atau musallah umat islam yang datang berjemaah ialah >0.01% sahaja. Fenomena inilah menyebabkan musuh Islam semakin angkuh dan tidak gerun dengan kekuatan Islam. Apakah diri kita termasuk dalam >0.01 %? Tenunglah,fikirlah dan bertindaklah sebelum terlambat.

Leave a Reply