Facebook – Banyak Yang Negatif daripada Yang Positif

Sudah lama teman dan rakan sekerja bercerita tentang kehebatan kerana memiliki ruang Facebook. Pada awal ianya langsung tidak berminat apatah terbaca tentang sesawang merupakan perancangan kaum yahudi meleka dan memporakporandakan dunia bukan yahudi. Penulis lebih gemak berkongsi ilmu di Blogspot. Apabila anak pulang bercuti, beliau memperkenal Facebook dan mendaftar satu laman(sebenar telah  lama dijemput oleh teman Facebook). Memang pada umumnya apa sahaja perkara jika tujuannya baik, maka baiklah jadinya dan begitulah sebaliknya. Apabila melayari Facebook peribadi selama hampir satu jam dan menerima sahabat vitual, maka diakui kesannya amat negatif sekali dan sedikit sahaja yang membawa kesan positif. Bagi ilmuan yang mempunyai ketahanan diri mereka dapat menggunakan Facebook untuk menangkis dakyah yang bertentangan dengan nilai agama dan moral serta memperkembangkan bidang dakwah. Tetapi bagi majoriti (melebihi 90 %) merupakan remaja dan dewasa jahil yang akan dihanyutkan oleh cating dan interaksi Facebook yang melalaikan, memporakporandakan kehidupan kehidupan diri dan keluarga. Adalah mustahil mereka ini dapat berfungsi seperti ilmuan di atas, apatah lagi berkemungkinan sebahagian ilmuan di ats juga jika tidak istiqamah pasti akan turut  hanyut. Untuk membukti sila berada di sesawang Facebook. Nasihatku janganlah mencuba kerana tanpa ruangan Facebook semestinya kita kerugian apa-apa. Terharu anakku menyedarinya dan menutup laman Facebooknya.

Leave a Reply