ESOK 12 RABIUL AWAL – SELAMAT MENGAMALKAN SUNNAHNYA

Pelbagai pihak membuat persiapan rapi menyambut maulidur Rasul sallalahu ‘alaiwasallam. Marilah kita membuat persiapan rapi UNTUK melaksanakan sunnahnya. Sempena kelahiran Rasulullah sallalahu ‘alaiwasallam, marilah kita kekalkan sunnah yang sudah istiqamah dengan berusaha bersungguh memaksimakan sunnah- sunnahnya. Rujuklah kitab-kitab hadis sahih Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ibnu Majh,Tarmizi dan lainnya yang sahih. Sunnah Rasul sallalahu ‘alaiwasallam meliputi setiap aspek sama ada DALAM beribadat dan juga dalam kehidupan seharian. Dalam solat misalnya dilengkapi dengan pelbagai doa, zikir, perbuatan, dan bacaan yang merupakan aksesori kepada rukun solat yang menambah PAHALA ibadat solat kita. Begitu dengan ibadat fardu yang lain seperti puasa, zakat, haji dan lainnya yang menambahkan ganjaran pahala jika diamalkan. Dalam kehidupan seharian , sunnahnya BERMULA dari bangkit dari tidur hinggalah tidurnya kembali. Ianya meliputi perbuatan, zikir, doa, amalan dan sebagainya. AMALAN ini boleh dirujuk artikel penulis terdahalu, yang di antaranya dalam aksesori IBADAT. INGAT KITA AKAN DITANYA TENTANG AMALAN APA YANG DISURUHNYA, BUKAN SEKADAR SAMBUTAN TANPA AMALAN!

Leave a Reply