ELAKKAN URUSAN SAMPINGANMU MENYABABKAN TERTINGGAL SOLAT JEMAAHMU

Urusan kehidupan di dunia ini tidak akan selesai sehingga nafas kita ditamatkan olehNya. Ada urusan yang utama dan kita kena berikan keutamaannya. Ada urusan yang utama tetapi kita ada ruang untuk menangguhkannya. Urusan-urusan tersebut jika kita tidak tentukan keutamaan mana yang fleksibal atau sebaliknya yang akan menyebabkan ibadat kita tidak teratur terutamanya solat fardu berjemaah di masjid  atau di surau. Dalam hal keutamaan yang utama seperti bekerja mencari nafkah yang kita terikat dengan peraturan pun kita kena cari ruang untuk solat berjemaah, apatah lagi keutamaan yang fleksibal memang kita kena sediakan ruang untuk hadir berjemaah. Apa lagi perkara yang tiada keutamaan, kita kena utamakan solat berjemaah! Keutamaan yang fleksibal seperti riadah, minum-minum dan berbual dengan saudara mara atau rakan taulan, membeli belah, ziarah menziarahi, urusan jual beli atau urusan perkhidmatan, dan sebagainya yang membolehkan kita bubarkan atau tangguhkan sementara untuk hadir solat berjemaah. Jika kita dapat mengurus keutamaan yang fleksibal ini dengan sebaik mungkin, maka sudah pasti kita dapat mengekalkan solat fardu berjemaah secara istiqamah.  Tindakan kita yang tegas dalam soal solat berjemaah dalam situasi di atas, berkemungkinan dapat mempengaruhi orang di persekitaran kita masa itu untuk turut melaksanakan kewajipan solat berjemaah!. Aturlah hidup kita, pilihlah keutamaan yang utama dan utamakanlah urusan dengan Allah dengan tidak mengabaikan keutamaan hubungan dengan manusia.

Leave a Reply