ELAK RASA SELESA DENGAN AMALAN

Apabila kita merasa selesa dengan amalan, maka sudah pasti sukar untuk meningkatkan amalan kita. Apabila kita merasai solat kita sudah ok, sudah pasti kita tidak menilai kembali amalan solat kita sama dari aspek rukun atau yang sunat. Kita tidak lagi menilai apakah bacaan kita dalam solat sudah menepati dari aspek tajwidnya? Kita tidak lagi menilai apakah aspek pergerakan yang melibatkan rukun kita sentiasa betul? Dalam aspek ini jarang yang berani menegurnya! Solat-solat sunat kita tidak anggap satu keutamaan, cukuplah buat sekali sekala bila ada kelapangan kerana kita sudah selesa dengan amalan solat fardu yang baru kita laksanakan! Puasa Ramadhan dan diikuti dengan puasa sunat Syawal sudah memadai keran kita merasai kita sudah buat yang terbaik, maka oklah itu! Keinginan untuk menambah puasa sunat di luar bulan Ramadhan dan Syawal rasa tidak perlu kerana rasa selesa dan memadai dengan puasa yang telah diwajibkan. Begitu juga dengan mempelajari al Quran yang kita merasa ok sudah dan tidak perlu mendalami lagi, pada hal mempelajari al Quran amat luas apa semakin kita mendalami ilmunya. Begitu dengan majlis ilmu, rasa kalau hadir sekali sekala sudah ok kerana banyak yang sudah kita tahu, pada hal ilmu Allah itu terlalu luas yang menuntut kita mendalami dan mencari guru-guru yang muktabar. Untuk mengelak dari rasa selesa ialah dengan menanam dalam diri betapa sedikitnya amalan kita , betapa ceteknya ilmu agama kita serta betapa malasnya kita dalam beribadat supaya kita kena sentiasa bersungguh-sungguh untuk meperbanyakkan amalan kita yang sentiasa tidak seberapa jika di bandingkan dengan orang lain dalam aspek kuantiti dan kualitinya.

Leave a Reply