ELAK MERASA DIRI SUDAH MAHIR AGAMA

Ilmu agama itu teramat luas dan mendalam kerana Allah itu Maha Kaya. Maha Kaya ilmu dan segalanya. Sebagai contoh ilmu al Quran. Jika mandalami satu aspek sahaja iaitu ilmu tajwid, ianya tidak akan habis walaupun berpuluh tahun kita mendalaminya. Apatah lagi seandainya kita hanya mendalami untuk tempoh yang singkat atau sekadar khatam sahaja. Belajar al Quran bukan sekadar khatam tetapi memahami aspek tajwid dan sebagainya. Belum lagi masuk ilmu tafsir dan sebagainya. Maka, jangan sesekali berhenti mendalami ilmu terutamanya ilmu berkaitan dengan Al Quran. Carilah guru yang fakih dan teruskan mempelajari dan mengamalkannya Al Quran. MAHA ILMUNYA.

Leave a Reply