ELAK JUADAH MELALAIKAN IBADAT PUASA!

Ramadhan bulan ibadat. Sepatutnya sepanjang masa kita isikan masa dengan ibadat. Setelah berlapar sehari nafsu akan bergelora apabila melihat deretan juadah makanan di sana sini sepanjang Ramadhan. Ingat makanan bukan sahaja menyebabkan banyak penyakit, makanan juga melalaikan ibadat. Makanan bukan sahaja menyebabkan fizikal menjadi malas untuk beribadat tapi makanan juga akan melalaikan kita untuk melaksanakan ibadat. Bayangkan untuk merasai semua atau sebahagian juadah yang terhidang di depan kita semasa berbuka berbanding hanya satu atau dua juadah sahaja! Masa yang sepatutnya hanya 10 hingga 15 minit untuk berbuka ajab bertambah sehingga melebihi setengah jam! Bayangkan betapa singkatnya masa terluang selepas solat maghrib yang sepatutnya digunakan untuk beribadat sementara menunggu waktu Isya’ dan seterusnya solat terawih! Berapa ramai hambaNya yang sempat membaca surah al Khahf semalam(malam Jumaat)? dan berzikir. Seendainya kita berbuka dengan satu dua juadah sudah pasti kita sepat bertadarus atau amalan zikir dan sebagainya semaksima mungkin di waktu ‘prime’ iaitu antara Masghrib dan Isya’!
Marilah kita ubah amalan berbuka yang boleh melalaikan ibadat kita. Mudahan kita semua dianugerahi PUASA YANG MABRUR.

Leave a Reply