EIGHT TO GO

Seabdaiinya Hari Raya Idilfitri 28 Julai, maka ibadat puasa berbaki 8 hari lagi. Itupun jika usia kita dilanjutkan sehingga tarikh tersebut (Mohon dipanjangkan usia dikurniai kesihatan agar usia berbaki dapat digandakan menampung dosa hambaMu yang tidak terhitung jika dibandingkan dengan amalan yang tidak seberapa yang entah mabrur ke tidak) maka dapat kita selesai fardu puasa kita sepenuh. Mengikut perkiraan para ulama, maka ada empat peluang lagi untuk menemukan malam lailatul Qadar ( 23, 25, 27 dan 29 ) malam yang ganjil, manakala malam 21 sudah berlalu, mudahan yang beramal soleh pada malam tersebut dan malam sebelumnya dianugerahi lailatul qadar seandai malam 21 adalah malam turunnya rahmah Allah dengan malam lailatul qadar. Namun, sebagai hamba, kita mesti menerima apa sahaja perancanganNya kerana perancanganNya adalah yang paling sempurna. Oleh yang demikian usaha melaksanakan amalan perlu ditingkatkan semaksima mungkin untuk mencapai malam tersebut. Ianya merupakan anugerahNya, sekiranya kita dapat mengekal dan setiasa meningkatkan amalan kita secara istiqamah sehinggalah kita dipanggil menemuiNya. Jangan sekali biarkan amalan kita hanya statik, apatah lagi menurun! jadikan amalan kita sebagaimana ahli ‘Bursa Sahama’ di mana pelaburnya ingin melihat nilai saham mereka sentiasa meningkat grafnya. Untuk amalan kita, kita mesti berusaha memasti grafnya sentiasa ke atas walaupun kadarnya 0.00000000………………………………………………………………………………1 dan jangan sekali-sekali biarkan ia menurun walaupun 0.00000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000001 apatah lagi menjunam!

Leave a Reply