DUNIA DAH SEMAKIN MODEN, NAMUN ADA MANUSIA MASIH KUNO! TIDAK YAKIN DENGAN ALLAH MAHA KAYA DAN MAHA PENGASIH!

Mendapat perkhabaran(wallahu ‘allam), penyewa kedai kami merugut katanya sejak akhir-akhir ini didapati kedatangann pelanggan agak berkurangan. Katanya telah berjumpa dengan ustaz dan dikatakan kedai tersebut telah dikhianati dengan menabur abu mayat di depan kedai (waallahu ‘allam) yang menyebabkan pelanggan tidak ramai datang menjamu selera di kedai tersebut. Peristiwa ini (jika benar berlaku) berlaku di negeri kelahiranku yang harum semerbak dengan program Islamiknya. Dalam dunia yang serba canggih ini masihkah ada lagi manusia kuno!. Kuno bermaksud jahil dalam agama. Apabila manusia jahil dengan agama, maka dia tidak yakin dengan Allah yang Maha kaya iaitu Pemberi rezeki yang Maha Pemurah. Kekayaan Allah tidak akan berkurang walau sedikitpun dengan pemberiaanNya kepada makhluk. Apakah masih tidak dengan ini. Yakinlah dengan Maha KayaNya dengan sentiasa mendoakan orang lain dimurahkan rezeki serta banyakkan memberi(bersedekah atau infak) nescaya tidak berkurang juga rezeki kita kerana Allah Maha Pemurah. Tidak berkurang sedikit pun hak kita apabila Allah memberi kepada hambaNya yang lain. Yakinlah. Sesungguhnya tidak akan tenang jiwa yang mengkhiati orang lain walaupun mereka MERASAKAN? berjaya dengan hasrat mereka.

Leave a Reply