DUDUK DAN PASANG TELINGA

Mereka yang menghadiri majlis sekadar hadir sahaja atau untuk memenuhi waktu sementara mwnunaikan solat yang berikutnya, pada kebiasaannya duduk sambil memasang telinga mendengar coloteh para pengkuliah. Jika kebetulan menarik perhatian isi yang disampaikan akan dimanfaatkan. Jika tidak ianya akan berlalu begitu sahaja. Namnu, ganjaran besar kerana mereka ini berada di majlis ilmu. Ini bermakna juga mereka berada di taman-taman antara taman SyurgaNya yang pengertian bahasanya ia berada sangat hampir dengan syurgaNya. Walaupun begitu ‘simple’ duduk dan dengar untuk beberapa ketika sahaja, namun, tidak ramai, ma’ah kurang dari jumlah yang hadir untuk bersolat jemaah. Ini kerana sebahagian yang hadir adalah semata-mata memenuhi tuntutan solat berjemaah, tidak lebih daripada itu! Besar kemungkinan mereka mempunyai urusan yang terpenting!?. Jika duduk dan dengarpun agak membebankan apatah lagi mencatat isi kuliah yang disampaikan. Kita paksa diri sendiri untuk hadir ke taman syurga(majlis ilmu) dan cuba dapatkan satu dua isinya yang boleh kita beramal dengannya.Mudahan ia menjadi permulaan bagi kita untuk menjadi hambaNya yang lebih baik.

Leave a Reply