DOA YANG TELAH KITA AMALKAN SECARA ISTIQAMAH !

Doa ada penanda aras kebergantung kita kepada Allah. Di samping usaha doa adalah pelengkap kepada keinginan yang ingin capai. Terlalu banyak doa yang dicadangkan kepada hambaNya melalui al Quran atau sunnah sallalahu ‘alaiwasallam. Doa bangun dari tidur bagaimana? Hanya untuk beberapa saat sahaja untuk mengamalkannya! Sudah ISTIQAMAH? Selepas bangkit dari tidur biasanya kita akan terus ke tandas, bagaimana dengan doa masuk dan keluar tanda? Dua doa tersebut memerlukan masa hanya beberapa saat sahaja! Kalau belum cubalah ISTIQAMAHkan kerana tandaslah syaitan bersingahsana! Selain menjauhi gangguan syaitan, kita akan diganjari pahala. Biasanya kita akan berwuduk pula, nah! Bagaimana dengan doa wuduk yang juga hanya mengambil masa beberapa saat sahaja! Amalkanlah jika belum! Jika kita mendirikan Solat malam, maka banyak mengiringinya! Seterus doa keluar rumah untuk ke masjid diikuti dengan dalam perjalanan ke masjid. Ianya diikuti doa masuk dan keluar masjid, doa iktikaf. Dalam kehidupan harian terdapat banyak doanya. Di antaranya doa makan , doa naik kenderaan dan sebagainya. Ada Solat-Solat yang muakad dan ianya diiringin dengan doa! Doa manakah yang ISTIQAMAH telah kita laksanakan. Amalkanlah secara bersungguh-sungguh supaya ianya menjadi ISTIQAMAH. Rasailah manisnya berdoa di samping ambillah peluang keemasan berdoa apabila kita berada pada masa dan tempat yang mustajab doanya. Berdoalah kerana Allah menunggu hambaNya yang me minta melalui doa.

Leave a Reply