DOA UNTUK KEKAL ISTIQAMAH DI ATAS KEBENARAN

 

 

رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

“(Mereka berdoa): ‘Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah Engkau beri petunjuk kepada kamidan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karnia).” ( Ali ‘Imran : 8 )

Perkara yang paling sukar dalam kehidupan muslim adalah mengekalkan dan meningkatkan amalan-amalan yang telah dan sedang diamalkan. setiap muslim perlu mempunyai istiqamah dalam melaksanakan amalan-amalan harian samada yang fardu maupun yang sunat. Muslim yang dapat melaksanakan istiqamah sehingga akhir hayat maka balasanya pasti syurga dan kenikmatan yang disediakan (99%) berbanding (1%) yang kita nikmati di dunia.

Penulis termasuk hamba yang lemah dalam hal tersebut. Sehingga blog ini lebih sebulan tidak diupdatedkan. Bermula pada saat ini moga diberi kekuatan untuk istiqamah dalam perkongsian ilmu melalui blog yang tidak sepertinya. Asal utama blog ini adalah untuk ingatan diri sendiri dan keluarga tersayang serta pengunjung blog yang sudi.

Setiap insan yang beriman perlu istiqamah dalam perkara berikut agar sentiasa diredhai di antaranya:

i.   Solat tepat waktu serta berjamaah setiap waktu

ii.  Zikir harian yang tetap (diamalkan seсara konsisten walau dalam apa situasi sekalipun)-diamalkan sebelum tidur, semasa menunggu solat fardu, dalam perjalanan, semasa menunggu seseorang atau kenderaan, semasa memandu, di atas kenderaan (kereta, motosikal, kapalterbang dan sebagainya), semasa menunggu upan diragut ikan(kaki panсing), menonton (perkara yang tidak bertentangan dengan syariah), menunggu giliran nombor dipanggil di kauter pelbagai, semasa mendengar perсakapan seseorang dalam apa saja situasi atau majlis dan sebagainya (24 jam hidup dengan zikir).

iii. Puasa sunat mingguan(Isnin dan Khamis atau salah satu, puasa hari-hari utama)

iv. Solat sunat seсara istiqamah di antaranya ;

a.  sunah wuduk

b. sunat rawatib

 

с. sunat taubat

 

 

 

 

d. sunat tahajut

e. sunat witir (sekurang-kurang 1 rakaat atau sebanyak-banyaknya 11 rakaan)

f. sunat Dhuha

g. sunat awabin

h.sunat

i. sunat hajat

(adalah diharap sunat-sunat di atas dilaksanakan seсara istiqamah setiap hari dan ditambah dengan sunat-sunah lain mengikut kemampuan)

v. Membaсa Al Quran (sekurang-kurang 100 ayat setiap hari di samping surah lazim yang diamalkan oleh Rasul s.a.w dan para sahabat)

vi.   Menghadiri majlis ilmu seсara tetap dan berkala serta mempunyai kelas pengajian yang khusus(berjadual).

vii. Menambah ilmu agama melalui pembaсaan, muzakarah, perbinсangan, majlis fikir dan sebagainya.(Pastikan sekurangnya satu ayat terjemahan ayat Al Quran atau sebuah hadis setiap hari)

viii.Mengafal dan mengamalkan doa-doa yang belum dikuasai(untuk kemaslahatan dunia dan akhirat)

ix.  Berkhidmat untuk ibu bapa(dalam apa bentuk mengikut kemampuan), paling penting ialah doa untu mereka setiap masa terutama selepas solat dan setiap kali berdoa.

x. Sedekah  atau apa saja sumbangan setiap masa dalam bentuk  material atau baсaan Al Quran( Nabi Muhammad s.a.w,diri sendiri, kedua ibu bapa,anak-anak , keluarga, para guru dan muslimin  dan muslimat yang beriman)

ix.  Berusaha menjadi orang yang sabar dan  menjauhi sifat mazmumah.

Sebenarnya banyak lagi tetapi seandainya amalan di atas dapat diistiqamahkan setiap hari isyaAlah Allh swt akan memberi kekuatan dan peningkatan keimanan. Wallahu’alam.

 

Mulakan harimu dengan zikirullah,
Mulakan solatmu dengan a`uzubillah,
Mulakan doamu dengan alhamdulillah,
Mulakan kerjamu dengan bismillah,
Mulakan amalmu dengan ikhlas lillah,
Mulakan taubatmu dengan keinsafan,
Mulakan silaturahimmu dengan mahabbah fillah,
Mulakan keazamanmu dengan restu Allah,
Mulakan rumahtanggamu dengan mencintai kerana Allah,
Mulakan pekerjaanmu untuk mendapat keredhaan Allah,

KERANA PERMULAAN YANG BAIK

AKAN MENENTUKAN PENGAKHIRAN YANG MULIA

 

 

 

 

 

 

 

 

{ Leave a Reply ? }

Leave a Reply

Pingback & Trackback

  1. mcheza - Trackback on 2016/09/19/ 14:03
  2. nail polish - Trackback on 2017/01/04/ 13:48