Doa khusus dan ikhlas Seorang ibu dan bapa

Dalam dunia ini tiada manusia yang sentiasa mendoakan secara khusus dan ikhlas untuk kita selain diri kita sendiri mereka ialah ibu dan bapa kita. Malah mereka bukan sekadar mendoakan anaknya malah melapaui untuk cucu, cicik dan keturunan agar mendapat kesejahteraan. Kita sering mendengar cucu yang memohon restu neneknya apabila akan menghadapi sesuatu yang penting. Kasih sayang nenek terhadap cucunya kadang-kadang melebihi kasih sayang ibu dan ayahnya sendiri.Seerat manapun hubungan kita dengan saudara kandung, jarang mereka mendoakan saudaranya setiap masa khususnya selepas solat, malah ada yang tidak mendoakan langsung saudaranya. Seakrab manapun perhubungan kita dengan sahabat karib, jarang yang sentiasa mendoakan secara khusus untuk sahabatnya. Samada kita menyedari atau tidak kedua ibu bapa kita yang beriman pasti akan sentiasa mendoakan anaknya secara ikhlas dan khusus setiap masa. Paling kurangpun setiap selepas solat. Doa khusus yang ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan hanya mengharapkan kesejahteraan, kebahagian, kejayaan, keimanan, ketakwaan dan segala kebaikan untuk anaknya. Mereka mendoakan kepada anaknya walaupun anaknya sentiasa melupainya. Itu ibu dan bapa yang kadang sering kita lalaikan dan lupakan. Semoga Allah jauhi sifat demikian terhadap diri kita. Apakah kita sebagai anaknya juga berbuat demikian. Renung, fikir dan bertindakanlah. Ingat apabila mereka pergi meninggalkan kita tiada lagi yang sentiasa mendoakan kita kucuali anak kita yang soleh. Sentiasalah mendoakan kesihatan dan panjang umur untuk mereka agar mereka dapat terus beribadat kepada yang esa di samping berterusan mendoakan kita. Tiada doa yang paling Allah makhburkan selain doa dari kedua ibubapa.

{ Leave a Reply ? }

Leave a Reply

Pingback & Trackback

  1. Online School For Criminal Justice Degree - Trackback on 2016/08/09/ 09:20
  2. Uber Referral Code - Trackback on 2017/02/15/ 15:51
  3. Transportation & Spiderman for Children - Trackback on 2017/10/13/ 08:02