DISEBABKAN MUNGKIN DAN MEMANG PUN MUNGKIN!

Kita tidak pasti bila kematian kita. Entah pagi ini, entah petang ini entah malam ini! Oleh kerana kita tidak pasti bila kematian menjemput kita, sedangkan kita ingin mati dengan penyudah yang terbaik maka kita hendaklah melaksanakan amalan kita yang terbaik. Seolahnya inilah amalan kita yang terakhir. Bila kita solat, buatlah yang terbaik, kerana mungkin inilah solat kita yang terakhir. Berwiridlah seketika selepas solat, mungkin inilah wirid selepas solat kita yang terakhir! Jika kita solat fardu Subuh, mungkin inilah solat dan wirid yang terakhir jika kita dipanggilNya pada waktu sebelum fardu Zohor. Jika kita solat fardu Zohor, maka solatlah yang terbaik, mungkin inilah solat dan wirid kita yang terakhir jika kita dipanggilNya sebelum masuknya waktu Asar. Jadikan solat dan wirid selepas solat Asar sebagai solat dan wirid kita yang terakhir sekiranya kita dipanggilNya sebelum fardu Maghrib. Jadikan solat fardu maghrib dan wirid sebagai solat dan wirid yang terakhir seandainya kita dipanggilNya sebelum masuknya waktu solat fardu Isyak’. Selepas solat Isyak’ merupakan waktu yang panjang sehingga masuknya waktu solat Fardu Subuh. Berbagai kemungkinan mungkin terjadi semasa kita tidur atau sebelumnya, maka jadikan solat fardu ‘isyak dan wiridnya serta solat sunatnya sebagai amalan kita yang terakhir seandainya kita dipanggilNya menjelang waktu Subuh. Kesimpulannya ialah setiap amalan kita kenalah sentiasa yang terbaik kerana mungkin selepas kita mengamalkan sesuatu amalan kita dipanggilNya.

Leave a Reply