DILARANG MENDAHULUI IMAM -MANFAAT YANG TIDAK TERHITUNG

Solat fardu berjemaah adalah diwajibkan ke atas hambaNYA yang bergelar lelaki. Di antara perkara yang membatalkan solat berjemaah ialah mendahului imam dalam setiap rukun solat. Hikmah di sebalik syarat tersebut ialah supaya dalam apa saja aktiviti kehidupan, mamatuhi ketua atau kepimpinan adalah wajib selagi ianya mematuhi al Quran dan al Hadis. Di samping itu terlalu banyak manfaat dan kelebihan dalam pengamalan perintah ini. Di dalam solat tersebut kita melaksanakan rukun dan di antara rukun tersebut terdapat ruang untuk kita berzikir memujiNYA serta berdoa kepadaNYA. Solat juga merupakan doa kepadaNya. Ruang sementara imam menyempurnakan rukunnya sebelum kita sebagai makmum mengikut pergerakan rukun yang imam lakukan. Banyak zikir dan doa yang disunnahkahkan untuk kita laksanakan sebelum,semasa dan selepas solat. PEertamanya kita boleh membaca zikir dan doa sementara memastikan imam telah menyempurnakan takbir ratul ihramnya sebelum tiba giliran kita melaksanakannya.Bacalah alFatihah sesempurna mungkin dalam masa menunggu imam menyempurnakan rukuknya. Terdapat banyak doa dan zikir semasa rukuk boleh kita bacaan sebelum kita bangkit ‘itidal selepas imam sempurna ‘itidalnya. Sementara menununggu imam menyempurnakan sujudnya, banyak zikir dan doa boleh dibaca pada masa tersebut sebagamana amalan Rasulullah sallahu ‘alaiwasallam. Sementara imam menyempurnakan duduk di antara dua sujud , kita gunakan di antara waktu yang mustajab berdoa iaitu banyak berdoa semasa sujud sebelum kita bangun dari sujud selepas imam sempurna bangun duduk antara sua sujud atau imam bangun untuk rakaat seterusnya.Begitu juga ruang-ruang yang ada sepanjang melaksana rukun seebelum mengikut pergerakan atau bacaan imam. Kemanisan solat serta kesempurnaan solat akan dinikmati sekirannya kita menjadi makmum yang patuh kepada imam. SEMOGA SOLAT KITA DITERIMANYA.

Leave a Reply