DIBOLEHKAN DENGKI PADA DUA PERKARA

Di dalam hadith bahawa Rasulullah SAW bersabda: Dua orang sahaja yang boleh dicemburui, pertama seorang yang Allah SWT berikan Al-Quran yang ia amalkan pada siang hari dan malamnya dan keduanya, seorang yang Allah SWT berikan harta dan ia belanjakan harta siang dan malam menurut perintahNYA.. ia di’paste’ dari fb adikku.
Untuk kesejahteraan kehidupan dunia dan akhirar, jangan sesekali kita dengki dalam hal-hal lain. Setiap hari kita sentias berdoa khusus untuk diri kita serta orang yang paling kita sayangi seperti anak, isteri dan kedua orang tua dan adik beradik serta keluarga terdekat serta guru-guru kita. Namun lazimkanlah juga untuk semua saudara mara jauh dan dekat, rakan, jiran dan semua muslimin biarpun mereka melupai kita tapi jangan kita lupa mereka apabila kita berdoa. PASTIKAN SETIAP HARI ANDA MENDOAKAN MEREKA SEPANJANG MASA APABILA ANDA BERDOA. Orang soleh akan berdoa pada setiap detik, MAKA JADILAH ORANG SOLEH DAN DOAKAN KELUAGA KITA MENJADI ORANG SOLEH.

Leave a Reply