Dialog Penunggang Basikal dan Makcik Gemuk !!!

Maka terjadilah dialog berikut:Penunggang basikal: Maaf, boleh saya dapat manifesto parti? (Nada sopan yang teramat)

Mak cik gemuk: (Semacam terganggu) Manifesto? Tak ada.Penunggang basikal: Takkan tak ada.

Mak cik gemuk: Baca paper lah, dalam paper semua ada.

Penunggang basikal: Oh saya lupa paper utama di Malaysia parti mak cik yang punya.

Mak cik gemuk: (Mulai sedikit marah) Awak nak apa sebenarnya?

Penunggang basikal: Saya belum pasti nak undi siapa, saya nak tahu apakah betul parti mak cik takkan naikkan harga minyak.

Mak cik gemuk: Betullah. (Nadanya angkuh)

Penunggang basikal: Tapi kata parti yang ada bangsal panas depan kuil itu, mereka tak akan naikkan harga minyak. Malah menurunkan.

Mak cik gemuk: Ahhh tak boleh punya. Mana boleh. Takkan dapat punya. Itu semua janji kosong.

Maka saya, dengan argumen paling mudah dan teramat simple, menggunakan mantiq peringkat basic, logik paling dasar pun membalas segera;

Penunggang basikal: (Dengan nada penuh adab dan kebajikan) Mak cik, janji kosong atau berisi itu hanya dapat dinilai bila peluang telah diberikan kepada pihak yang berjanji. Kalau mereka sudah diberi peluang kemudian mereka tidak laksanakan janji maka barulah kita dapat katakan ia janji kosong. Tapi kalau belum berlaku (peluang mereka untuk menunaikan janji) kita tak dapat tuduh mereka buat janji kosong. Itu lojik budak sekolah tadika pun tahu. Lagipun parti mak cik ini sudah 50 tahun memerintah, jadi kalau ada tuduhan janji kosong sekalipun kedudukan parti mak cik lah yang goyah.

Mak cik gemuk: Eh awak ni pekerja parti *** ya? Nak buat kecoh? Saya telefon ***** (sambil menekan telefon bimbitnya)

Saya pun berlalu, mengayuh basikal lagi. Saya tahu mak cik gemuk itu tidak tahu definisi politik yang telah saya jejerkan di awal entri ini. Saya kecewa dengan mak cik gemuk berempat itu. Kecewa yang amat sangat. Buat nama sahaja anting-anting mereka bergayutan tetapi minda tak menerjah.

Faisal Tahrani

Leave a Reply