DI MANA KITA DALAM BERIBADAT ?

Pertanyaan ini khusus yang usianya mencecah 50-an ke atas. Kita beranggapan positif kepada mereka yang berumur di bawah 50 tahun mereka masih berpeluang jika Allah izinkan umurnya mencapai 50-an. Setakat ini dimanakah tahap ibadat kita? Ibadat Solat! Sudah mencapai lima waktu berjemaah ? Solat sunat rawatibnya bagaimana?Paling kurang solat sunat rawatib sebelum fardu Subuh(ganjaranya dunia dan seisinya) dan solat sunat rawatib selepas fardu Isya’. Sekurang-kurang seminggu sekali dapat membina sebuah mahligai di syurga(solat sunat rawatib sebanyak 12 rakaat). Solat malamnya bagaimana? sekurang-kurang telah istiqamah solat tahajud dan witir! Solat dhuha bagaimana? paling kurangpun 2 rakaat secara istiqamah setiap pagi! Kita berbicang untuk usianya 50-an ke atas yang ajalnya pada bila-bila masa sahaja. Tadarus al qurannya bagaimana? amat malang sekali jika masih kabur hukum tajwidnya dan belum lagi mempelajarinya dengan bersungguh-sungguh! sanggupkah kita mengadapnya dengan keadaan buta al Quran, sedang kita mempunyai ruang dan masa untuk mendalami satu-satu kita suciNya untuk umat Muhammad Sallalah hu ‘alaiwasallam. Sanggupkah kita terus menerus mentadarus al Quran hingga mengadapNya dalam keadaan bacaan yang salah hukum tajwidnya? Hafalan ayat-ayat tertentu bagaimana? Sememangnya kita boleh sahaja membaca apa sahaja surah dalam apa sahaja solat, namun ada surat tertentu yang sunnahkah dalam sesuatu solat sama ada sunat atau fardu. Untuk solat dhuha, takkan dah 50 an masih dengan surah al kafirun dan al ihklas sahaja! tidak mahukah mencuba menghafal surah yang disyorkan Surah al shamsi dan al Dhuha! untuk solat witir bagaimana? takkan sehingga mengadapnya tidakpun menghafal sural al lai! Untuk solat fardu Subuh, tidak teringinkah untuk mencuba menghafal surah sajadah! Sebelum melelap mata untuk tidur dan malam hari, tidakkah ingin tunjukkan kepadaNya bahawa kita bersungguh-sungguh ingin menghidari seksa kubur dengan membacanya secara lancar(menghafar) setiap kali berada di perbaringan. Solat fardu kita bagaimana? sudah 50 tahun lebih kita solat, takkanlah bacaan doa iftitah sama sahaja dan tidak ditambah-tambah sebagai bacaan Rasul Sallalah hu ‘alaiwasallam yang telah dijamin syurga sedang kita yang di awang-awangan masih bacaan yang sama sahaja! Begitu juga bacaan tambahan dalam rukuk, sujud, dan sambungan kepada tahyat akhir yang lazim dibaca! DAN BANYAK LAGI!!!! Aduh! rupanya masih terlalu-terlalu dan terlalu sedikit ibadat kita rupanya, sedang ajal akan tiba pada bila-bila masa sahaja.

Leave a Reply