DI ANTARA YANG 4 ITU BIARLAH KITA

Malam tadi bermusafir KE KL selepas tidur untuk seketika kami bertolak kira-kira pukul 2.30 am. Singgah solat fardu Subuh di Surau Kg Dada Kering, Kuala Lipis yang kebetulan kira-kira 5 minit sebelum WAKTU Subuh . Di sebuah yang suraunya agak bersih dan selesa, cuma jemaahnya 4 orang termasuk imam dan saya yang ke 5. Persoalan timbul berapa ramaikah penduduk kampung itu? TIDAK tersahutkah azan muazim yang lantang melalui pembesar suara? Itulah fenomena di mana-mana! Namun JIKA itulah kampung kita, maka kita kena pastikan di antara 4 orang itu, salah seorangnya adalah kita. Malam ini kembali ke KB dengan BAS TRANASIONA , harap tidak terlepas solat fardu Subuh berjemaah esoknya!  10012015 akan kembali ke tempat bertugas, flight jam 6.45an, waktu Subuh 6.06am! Waktu masuk ke pesawat! Mudahan ALLAH kurniaan kan kesempatan untuk solat fardu Subuh BERJEMAAH!

Bagaimana target salat berjemaah TAHUN INI (2015) ? Kekalkan 100% atau jadikan tahun 100%! Yakinlah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan dan masa itu ALLAH akan bersama kita. InsyaAllah .

 

PUTRAJAYA 07012015

Leave a Reply