DESTINASI AKHIR

Apabila kita bergerak tentu ada destinasi yang ingin ditujui. Di dunia banyak destinasinya. Namun destinasi akhirat hanya satu sahaja iaitu memasuki syurgaNya. Destinasi yang ingin kita capai di dunia biasanya kita bisa sampai, namun destinasi akhirat ( syurgaNya) hanya dicapai oleh mereka yang bertaqwa kepadaNya. Apakah kita termasuk di KALANGAN orang bertaqwa? Mencapai darjat ketaqwaan perlu dijadikan KPI yang paling utama jika kita ingin mencapai destinasi(syurgaNya)sebagai orang Islam. Untuk mencapai tahap ketaqwaan memerlukan amalan dengan bersungguh-sungguh melakasanakan perintahNya. Amalan yang fardukan seperti solat fardu, puasa, haji dan zakat hendaklah dilaksanakan secara bersungguh-sungguh iaitu mencapai KPI yang ditetapanNya. Kualiti solat dalam setiap aspek seperti solat diawal waktu serta berjemaah. Kualiti solat dalam aspek rukunnya seperti pergerakan yang rukunkan, bacaan yang dirukunkan mesti betul dan menepati aspek tajwidnya serta tu’maninah perlu dijaga dengan bersungguh-sungguh. Setiap kukurangan hendaklah segera diperbaiki dengan mendalami ilmu berkaitan daripada orang yang ahli. Di samping untuk menyempurnakan lagi solat fardu, kita perlu bust penambahan dalam perkara sunat yang disyariahkan. Solat iringan( rawatib) kenalah diistiqamahkan. Penambahan nilai dalam setiap bacaan dalam solat perlu ditambah dari semasa ke semasa. Dalam setiap pergerakan yang dirukunkan ada bacaan atau zikir ysng dunatksn dibacanya. Terdapat bacaan yang biasa dan ysng lengkap sebagaimana solar Nabi Muhammad Sallallahu ‘alai wasallam. Zikir dan doa ini erlu dijadikan amalan dakam solat kita untuk mencapai KPI-Nya. Begitu juga dengan amalan fardu yang lain perlu digali bagaimana kita ingin mencapai KPI berdasarkan ‘ Benchmark ‘ yang Rasul Sallallahu ‘alai wasallam syariatkan. Pelengkap kepada amalan fardu ialah amalan wajib dan sunat. Jangan sesekali meringan-ringan amalan wajib dan sunat kerana amalan ini yang menjadi pelengkap untuk mencapai tahap hamaNya yang benar-benar bertaqwa. INGAT destinasi kita ialah memasuki syurgaNya. Untuk mencapai syurgaNya kita memerlukan rahmatNya. Untuk mendapat rshmatNya tiada ‘short cut’ melainksn berusaha DENGAN bersungguh- sungguh untuk menjadi hambaNya yang bertaqwa. Dan untuk mencapai maqam ketaqwaan, tidak lain tidak bukan kita perlu mencapai KPI yang ditetapkan olehNya dalam setiap amalan sama ada yang difardukan atau diwajibkan atau yang disunatkan. Bagaimana diri kita?

KLIA2 dalam bermusafir untuk pulang ke LELUHUR untuk menziarahi keluarga yang tersayang. BANYAKKAN BERDOA SEMASA BERMUSAFIR KERANA DOA RANG MUSAFIR DI ANTARA DOA YANG DIMAKBUL-Nya.

Leave a Reply