DEMAM PIALA DUNIA

Jun dan Julai menjadi bulan yang paling ceria bagi sebahagian besar penghuni dunia, tidak kira muda, tua, warga emas dan kanak-kanak. Salam pertama bagi para pekerja di tempat kerja, “Aku dah cakap Korea menang”,”cantik gol sipulan-sipulan”, “Ah nasib saje tu” . Begitulah di antara dialog pagi di pejabat, kedai kopi, di stesen bas dan di mana sahaja termasuk di masjid. Yang sedihnya bukan salam yang diucapkan apabila melangkah ke dalam rumah Allah tetapi pertanyaan”siapa menang tadi?”. Begitu hebatnya pinangan World Cup Final. Kebanyakan orang sanggup bangun jan 2.00 pagi semata-mata bola. Tidak salah sekali-sekali melepas gian dan melapangkan fikiran dengan menonton bola tetapi ada yang memang tidak kena malah boleh membawa kepada kelalaian dan mengutamakan yang sampingan. Apalah salahnya sebahagian dari pertengahan malam itu diisi dengan amal soleh. Sebelum, ditengah atau selepas menonton kita selipkan dengan solat taubat, solat tahajud aau membaca AlQuran. Ini adalah lebih manfaat( 2 in 1). Apakah kita tidak rasa bersalah kerana sanggup bangun tengah malam untuk menonton bola tetapi tidak ntuk mengabdikan diri kepada Allah. Apakah dengan menangnya pasukan kita ianya dapat membantu kita di akhirat nanti ?Apakah nanti akan ditanya siapa yang menang di antara pasukan A dan B? Menonton bola bukanlah menjadi kesalahan sekiranya kita juga sanggup bangun malam untuk beribadah kepadaNYa. Wallahu’alam.

{ Leave a Reply ? }

Leave a Reply

Pingback & Trackback

  1. HTTPS protocol hackable - Trackback on 2016/06/30/ 10:04
  2. 電気料金 - Trackback on 2016/12/29/ 11:49
  3. Kedongan Villa - Trackback on 2017/03/23/ 06:45
  4. buy seo packages - Trackback on 2017/06/14/ 07:56