DALAM BERAMAL BIARLAH KITA BERADA DI DALAM KUMPULAN MINORITI!

Di dalam kehidupan di dunia semua kita ingin berada di dalam kumpulan yang majoriti. Makin ramai berada dipihak kita atau memihak kepada kita menyebabkan kita merasa bangga. Namun dalam beramal kepadaNya biarlah kita berada di dalam kumpulan minoriti! Kita sedia maklum bahawa sekumpulan minoriti (kecil) yang rajin beramal soleh. Minoriti sahaja yang istiqamah solat berjemaah di masjid, minoriti sahaja yang rajin melaksanakan solat sunat yang menjadi amalan Rasul sallahu ‘alaiwasallam seperti rawatib, solat malam, dhuha, witir, wuduk, taubat, awabin, tasbih dan sebagainya, minoriti yang rajin puasa sunat, minoriti yang kekal istiqamah tadarus dan tadabur al Quran, minoriti yang istiqamah mengamalkan zikir-zikir seperti zikir pagi dan petang dan sebagainya, minoriti yang sentiasa berdoa dalam setiap gerak dan perbuatannya, minoriti yang rajin bersedekah dan banyak lagi amalan yang diperintahkan hanya minoriti yang melaksanakannya secara istiqamah!. Biarlah kita berada dalam minoriti dalam beramal kepadaNya.

Leave a Reply