CUKUPKAH DENGAN RUTIN KEHIDUPAN MENGAPAI SYURGANYA.

Tugas rutin kita sebagai hamba ALLAH ialah beribadat kepadaNya. Mencari rezeki adalah tugas kehidupan untuk melaksanakan suruhanNya. Dunia dicipta dalam pelbagai warna warni. Pilihan yang kita ada:
i. Beribadat sahaja
ii. Bekerja sahaja
iii. Beribadat dan bekerja
iv. Beribadat, berkerja dan menyumbang kepada Keagungan Islam.

Cukupkah dengan rutin i,ii,iii untuk kita mendapat rahmatNya? Pedulikan hiruk pikuk dunia! pedulilah Islam mentadbir atau tidak! Pendulilah Islam dihina atau tidak! Pedulilah apa terjadi yang utama rezeki tetap ada, kerja dapat dilaksana dan ibadat dapat dilaksanakan!. Kalau itulah pendiriannya senang kehidupan! Namun realiti buka itu tujuan Allah jadikan manusia berbagai bangsa serta anutan agama. berjuta satu situasi kejadian dan terjadian yang terjadi memerlu prihatin kita. Keprihatan kita untuk memastikan kejadian manusia untuk beribadat kepadaNya. Apabila manusia beribadat kepadaNya, situasi dunia akan terjadi sebagai alam diciptakan. Ini bermakna hidup kita tidak cukup untuk i.ii. dan iii. Pilihan iv merupakan tanggungjawab kita sebagai hambaNya. Kita perlu menyumbang dengan apa cara pun untuk memastikan Islam dimertabatkan di bumiNya. Kita fikiirkan apakah sumbangan yang boleh kita laksanakan untuk meletakkan agamaNya pada tempatnya. Untuk melaksanakan ada yang melalui jalan mudah dan ada yang terpaksa melalui jalan yang sukar sehingga syahid.Fikirlah apakah yang boleh kita sumbangkan untuk keagungan Islam yang dapat kita sumbangkan selain kerja rutin harian yang mamang Allah telah bayar melalui hasil usaha atau gaji. Pendakwa dengan tugas dakwahnya,NGO dengan tugas NGOnya, dan yang paling mencabar ialah melibatkan dalam organisasi yang berjuang secara langsung untuk menegakkan kalimahNya. Golongan akan menghadapi pelbagai ujian dan mehnahnya. Golongan ini akan sentiasa diuji dengan pelbagai tekanan, hinaan, fitnah, penjara dan ada yang menjadi syahid. Kita perlu memilih mana-mana jalan untuk menyumbang ke arah memertabatkan agamaNya. Melalui jalan selesa atau jalan yang mencabar. Jalan yang kedua jika ikhlas, kita akan terasa kemanisan yang tidak terhingga walaupun akhirnya syahid sebagai penyudahnya. Apapun yang paling utama kita kena menyumbang sesuatu selain dari kerja rutin (beribadat dan bekerja) jika kita ingin kemanisan sebagai hambaNya. Kemanisan kerana menegakkan agamaNya merupakan ‘syurga dunia’ bagi hambaNYa.

Leave a Reply