CUKUPKAH DENGAN KERJA BERGAJI MERAIH PAHALA?

Semua manusia bekerja dan dibayar gaji kerana sumbangan dan bagi yang berugama Islam ia juga dianggap ibadat jika kita ikhlas. Kita sebagai muslim tidak sama dengan non-muslim yang bekerja. Kerja kita telah diberi ganjaran di dunia dan mudahan sumbangan tersebut diganjari juga di akhirat. Namun, cukupkah dengan kerja tersebut dengan pahala yang kita perolehi? Tentu sekali tidak! Maka dengan itu kita perlu tambah pahala dengan perbanyakkan ibadah di luar waktu kerja. Sama ada ibadat fardu atau sunat. Iabadat fardu misalnya kenalah secara berjemaah lima waktu. Perbanyakkan zikir-zikir dan dan luar solat. Selain itu, kerja dakwah merupakan sumbangan terbesar sesorang pada agamanya. Pengelibatan berdasarkan tahap kemampuan kita. Di antaranya menyampaian kuliah agama, keluar berdakwah, melibatkan diri dalam gerakan yang ingin mendaulat Islam dan sebagainya. Satu kemestian untuk kita terlibat mengikut tahap kemampuan kita sama ada melalui memimpin, mendokong, menyokong dengan jasad dan hati, harta benda, dan sebagainya. Apa yang utama kita kena pastikan kita mempunyai saham dalam apa sahaja kegiatan yang ingin mendaulatkan Islam. Jangan sesekali kita di antara menjadi atau kelihatan seperti menghalang kepada gerakan mendaulatkan Islam. Allah Memngetahui di dalam hati nurani kita. Biarlah ada di hati kita ingin Islam didaulatkan walau ianya dibenci oleh musuh Islam.

Leave a Reply