CUKUP SUDAHKAN ILMU SYARIAH KITA?

Ramai yang tidak lagi ingin belajar, adakah sudah lengkap ilmu syariah di dada? Kayu ukurnya kita ambil satu cabang fekah yang sangat luas iaitu berkaitan amalan solat. Menurut sunnah, kita dituntut solat berjemaah di Masjid atau surau. Maka proses bermula di rumah dengan mengambil wuduk dengan sempurna kemudian pergi ke Masjid. Proses mengambil wuduk bermula dengan doa sebelum berwuduk diikuti dengan bacaan-bacaan yang perlu diserta semasa membasuh atau menyapu anggota dengan air. Sudah lengkapkan hafalan tersebut supaya wuduk menjadi sempurna? baru satu aspek! Jenis air cara mengambil wuduk sama ada di kolah atau paip dan sebagainya. Sudahkah kita jelas, mana yang afdal dan menjadi amalan Rasul S.A.W? Setelah berwuduk, ada doanya(mungkin kebanyakkannya sudah ikuti menghafalnya), solat sunat wuduk. Diikuti dengan melangkah ke masjid atau surau dengan iringan doa keluar rumah dan doa semasa perjalanan ke masjid. Apabila sampai di masjid masuk ke dalam masjid dengan irigan doa masuk masjid langkahan kaki kanan. Solat sunat sebelum duduk. Selesai solat sunat, kita duduk dengan diserta doa iktikaf. Menjawab azan(ada yang cincai sahaja kerana belum menghafal) sedangkan menjawab azan amat ditintut. Semasa bilaL azan, apakah jawapan kepada seruan bilal dan doa tambahan dalam jawapan kita setiap seruan bilal.Fahamkah kita sunat rawatib, mana yang muakad dan bukan muakad, apakan sunat rawatib yang afdal dan berapa rakaatkah kita digalakkan untuk dibina mahligai di syurgaNya? Sebelum takbiratul ihram apakah bacaan atau doa? adakah istighfar dan surah an Nas atau ada bacaan dan doa lain(memang ada!) tahukah sudah kita? Belum lagi bacaan-bacaan dalam setiap rukun dalam solat selain yang biasa kita belajar semasa di sekolah rendah! Bukalah kita berkaiatan solat! nah! tersangat banyak yang diamalkan oleh Rasul S.A.W sehingga bengkak kaki baginda S.A.W. Sudahkah kita mengetahui dan amal semuanya? Jika sudah mungkin cabang ini cukuo ilmu untuk kita! Kita yang tahu setakad mana ilmu kita mencukupi atau bagaimana,tanyalah hati kita.Cabang fiqh masih banyak, bagaimana tauhid, siasah, muamalah dan yang lainnya?

Leave a Reply