CINTA YANG ABADI HANYA PADA ALLAH, CINTA AYAH BONDA DENGAN DOA DAN MENJADI ANAK YANG SOLEH

Mencintai Allah merupakan cinta yang abadi, tidak akan luput atau hilang selagi mengamalkan segala suruhanNya. Cinta sesama manusia walau sangat mendalam sekalipun akan fana jua. Tanda cinta kita kepada makhluk khususnya ibubapa dapat kita zahirkan melalui doa dan MENJADI anak soleh. Doa dan amalan anak yang soleh tetap kekal berinteraksi walaupun telah berlainan alam. Mereka tetap menerima doa dan keistimewaan yang ada pada anaknya yang soleh. Anak soleh amat mencintai Maha Mencipta, amalan soleh kepadaNya akan turut mengalir kepada ibubapa yang dikasihinya walaupun berada di alam barzah.

Leave a Reply