Christians – Malay Bibles(KESAN TERHADAP UMAT ISLAM KINI)

Dalam situasi politik sekarang di mana dunia yang dijunjung, maka kita tidak harus terkejut dengan keputusan kerajaan membenarkan kitab bible menggunakan Bahasa Melayu sebagai wadah dakwahnya. Walaupun kita sedia maklum minoriti penganut agama tersebut yang berbahasa melayu. Dalam situasi sekarang, kita jangkakan sekira pihak pembangkang yang menerajui kerajaan pun mereka terpaksa mengambil langkah yang sama.
Jadi apa yang perlu dilakukan oleh umat Islam?

Sebagai orang Islam yang berada di bumi majoriti penduduknya beragama Islam dan agama rasminya Islam, maka kita ada hak untuk membantah secara baik dan rasional. Mungkin pihak yang berwajid tidak dapat melayannya tetapi sekurang-kurang, mereka menyedari itu adalah hak kita yang perlu dipertahankan. Apabila pihak berwajib tidak dapat melayan hasrat tentang kekuatiran kita maka apakah langkah kita seterusnya? Menggunakan kekerasan, demostrasi dan sebagainya dalam bentuk kekerasan sudah tidak relevan lagi kini. Apa yang utama semua umat Islam perlu kembali ke pangkal jalan. Kembali menghayati Islam secara intensif. Ibubapa perlu “master” dalam bidang agama sama ada dari segi ilmu dan amalannya. Apabila ibubapa menguasai dan mengamalkan ajaran Islam secara total, maka sudah pasti anak-anaknya sekurang-kurang ada “digree” dalam bidang agama sama ada ilmu atau amalannya. Apabila dalam keluarga telah sebati agamanya, maka mana mungkin mereka dapat dipengaruhi walaupun kitab bible disebar dalam dielek daerah sekalipun. Ramai penganut Kristian yang berada di dalam masyarakat yang 100 % mengamalkan agama tersebut yang meninggalkan agama tersebut dan memilih Islam kerana mereka memahami kesyumuran Islam. Apakah kita yang di kelilingi oleh masyarakat Islam boleh meninggalkan ajaran Islam sekiranya kita menguasai Ilmu agama kita? Tentulah mustahil. Maka ambillah langkah segera sebagai pendiding kepada kita dengan cahaya yang Allah swt anugerahi ini.

Kita amat sedih dalam situasi politik kini, dan di kala orang Islam masih majoriti tetapi kita terpaksa akur dengan kehendak pihak berkepetingan. Yang mendesak sebenarnya mempunyai motif politik dan yang terdesak pula mempunyai kepentingan politik, maka cara orang sekarang adalah menggunakan kaedah “win-win situation” walau pada hakikatnya umat Islam yang kalah. Kalau dulu orang bukan Melayu cukup takut dengan orang Melayu terutamnya PAS walaupun pada masa itu PAS tidak sekuat mana dan hanya mempunyai beberapa jumlah kerusi sahaja. Jauh sekali memerintah negeri. Bantahan PAS memang dihormati dan dipandang dua belah mata kenapa? Kerana pada masa itu ada ketegasan dan secara senyap disokong oleh orang Melayu UMNO sekiranya kepetingan Melayu dan Islam tergugar apa lagi dicabar. Kemungkinan juga para pendokong PAS pada awalnya secara totalnya ingin menegak Islam sebagai “the way of life”. Apabila kita kemukakan pekara ini mereka akan menjawab bahawa situasi sekarang sudah tidak dapat dielak lagi. Aapakah begitu? marilah kita menggunakan akal yang waras memikirkannya di samping kembali kepada ajaran Islam yang sebanar. Kerana mengkesampingkan nilai agamalah menyebabkan segala kegawatan yang timbul. Salahkan diri sendiri dulu sebelum menunding jari ke arah lain. Wallahu’alam.

Leave a Reply