CHECKLIST – AMALAN YANG ISTIQAMAH

Amalannya bukan sahaja dinilai dengan kualiti tetapi yang utamanya kualiti dan istiqamah. Amalan yang sederhana tapi kualitinya tinggi dan istiqamah adalah lebih baik daripada kuantiti yang banyak tapi tidak istiqamah, lebih malang lagi amalan yang sedikit dan sekali sekala.  Kita kena ‘setting’ dengan betul amalan  kita supaya ia menjadi satu keutamaan yang menepati syariah. Solat merupakan ibadat yang difardkan, maka kualitinya perlu dijaga seperti aspek rukun dan sunatnya. Manakala syariahnya kena solat berjemaah. Pelengkapnya solat rawatib serta amalan sunat sebelum,semasa dan selepas solat berdasarkan hadis sohih.  Bab solat sahaja bukan sedikit perlu dipelajari supaya solat kita biarlah sama dengan sebagaimana nabi  sallalahu ‘alaiwasallam. Kita kena berusaha bersungguh-sungguh ke arah itu supaya kita menemui kelazatan solat. Begitu juga dengan malan lain sama ada yang difardukan ,diwajibkan atau disunatkan. Kena buat checklist dari aspek kualiti dan istiqamahnya. Kena berusaha ke arah itu dan JANGAN SEKALI-KALI BERAMAL BERDASAR ‘MOOD’! . Sebagai contoh kena berusaha untuk bangun malam , bukan bangun apabila terbangun! , kena berusaha untuk hadir solat  berjemaah, buka hadir apabila ada kelapangan, dan begitu juga dengan sunnah yang lain (sila buat rujukan setiap amalan dari sumber yang sahih!

Leave a Reply