CERAMAH DAN KULIAH AGAMA

Satu perkembangan yang positif ialah percambahan ceramah can kuliah agama di setiap masjid, Surau atau premis pejabat. Mana-mana masjid atau Surau yang tiada aktiviti ceramah dan kuliah sudah pasti merasai terasing atau ketinggalan dalam mengimarahkan masjid atau Surau. Mahu tidak mahu AJK masjid atau Surau akan mencari dana atau sponsor agar dapat menyediakan tokoh agama yang terbaik.Kalaupun bukan peringkat yang tinggi, peringkat kampung pun oklah. Program ini amat membantu dan memberi impak yang positif terhadap kesedaraan beragama. Program ini mneyedarkan umat Islam agar kembali kepada kehidupan beragama yang sebenar. Namun, kesedaraan dan Motivasi untuk beribadat tidak memadai dengan hanya menghadiri majlis ilmu tersebut. Ini kerana Kebanyakkannya memotivasikan para hadiri tetapi pengisian terhadap pengamalan seterus kita mesti mendapat guru secara talaki. Kita mesti menghadiri kelas-kelas agama secara intensif dan tetap atau berkala tetap. Kuliah talaki berbentuk mingguan atau harian. Tujuannya ialah mendapat pemahaman yang jeLas tentang setiap amalan sama ada berkaitan dengan hukum fekah, tauhid. Usuludan, fardu ain dan sebagainya. Bagaimana kita ingin mengamalkan sesuatu amalan yang dicadangkan oleh Penceramah secara umum dengan sempurna sedangkan tajwid dalam solat kita masih tunggang terbalik. pengetahuan yang lengkap tentang solat atau puasa, samada yang difardukan atau yang disunatkan. Zikir yang menepati sunnah yang digalakkan kita amalkan. Perlu jelas mana yang perlu diutamakan dan cara dan masa yang betul supaya amalan kita mengikut landasan yang disuruhNya. Hadirlah ke RaudahNya( majlis ilmu) secara umum dan khusus sekarang dan jangan nanti-nanti lagi.

Leave a Reply