CATATAN HARAMAIN 143H (2010M)

DI TANAH HARAM

Ku lihat ramai manusia beriman,
adakah aku seperti mereka?

Ku lihat ramai manusia banyak solatnya,
adakah aku juga mampu?

Ku lihat ramai manusia yang bersedekah,
adakah aku sebahagian dari mereka

Kulihat ramai bermunajat pelbagai doa,
aku yakin husnuzzan Allah!

Ku lihat ramai juga manusia dalam kelekaan,
ya Allah jauhilah diriku dari bersifat demikian

Kulihat ramai yang khatam Quran berkali-kali
ya Allah biarlah aku sebagaian dari mereka!

Masjil Haram -1431H(24 Nov 2010)

Di kalangan jutaan haji dan hajah yang menjadi tetamuMu,
rasanya akulah yang paling banyak dosanya

Di kalangan haji dan hajah yang banyak amalannya
rasanya akulah yang paling sedikit amalannya

Di kalangan amalan yang paling sempurna
rasanya amalankulah yang paling serba kekurangan

Namun, aku tetap yakin, Engkau Maha Pengampun,
maka ampunilah dosa hambaMua ini
jadilah hambaMu ini yang terbaik selepas taubat ini
jadilah hambaMu yang paling banyak amalannya selepas ini
jadilah hambaMu yang paling sempurna amalannya dan paling istiqamah

ya Wahab, ya Razzak, ya Mujib

Makkah al mukarramah

j1717- 24 November 2010 (1431H)

Leave a Reply