CAPAILAH MATLAMAT YANG BELUM TERCAPAI

Mungkin sudah kita jadikan matlamat cuma belum lagi tercapai maka kita kena bina matlamat. Matlamat(goal) mustahil akan tercapai jika kita tidak berusaha mencapainya. Organisasi meletakkan visi dan misi masing, apakah akan tercapai jika misi tidak kita laksanakan dengan betul dan bersungguh-sungguh. Capailah matlamat yang diharapkan dalam amalan kita supaya kita berada di landasan yang Allah tentukan. Letak dan capailah matlamat ingin solat berjemaah 5 waktu di masjid atau Surau. Letak dan capailah matlamat untuk istiqamah solat wudhuk, taubat, witir,hajat,dhuha, rawatib setiap hari. Letak dan capailah matlamat untuk berpuasa sunat Isnin dan Khamis dan hari tertentu semaksima mungkin. Letak fan capailah matlamat untuk mengamalkan zikir dari sunnah secara konsisten. Letak dan capailah matlamat tadarus al Quran sekurang 100 ayat sehari. Letak capailah matlamat untuk berada di rauhdaNya(menghadiri majlis ilmu agama) sepanjang masa.letak dan capailah matlamat untuk membantu kelurga terutama Ibu dan bapa secara tetap mengikut kemampuan. Letak dan capailah matlamat ini sehingga kita dipanggilNya. Bila kita dipanggil? Mungkin sekejap lagi, esok,lusa,minggu depan, bulan depan, tahun depan dan yang pasti ianya bila-bila masa sahaja. INGAT JANJI ALLAH ALLAH BENAR. apabila kita letakkan matlamat dan berusaha bersungguh-sungguh secara istiqamah bermakna kita telah melaksanakan amalan tersebut sampai pada penamatNya.

Leave a Reply