CAKAP BERDEGAR-DEGAR

Cakap berdegar-degar ingin Islam
asap rokok berkepul-kepul di mulut
Cakap berdegar-degar
azan di masjid masih berborak di kedai kopi
cakap berdegar-degar
memberi sedekah terketal-ketal
cakap berdegar-degar
solat subuh berjamaah jarang-jarang
cakap berdegar-degar
solat berjemaah kadang-kadang
cakap berdegar-degar
solat selalu diakhir waktu
cakap berdegar-degar
puasa sunat rasa tidak larat
cakap berdegar-degar
anak isteri dibiar aurat terdedah
cakap berdegar-degar
hiburan masih kepingin
cakap berdegar-degar
tadarus al Quran jarang sekali
cakap berdegar-degar
tadabbur alquran jauh sekali
cakap berdegar-degar
majlis ilmu selalu mengelak
cakap berdegar-degar
halal haram hantam saja
cakap berdegar-degar
realiti bagi mejoritinya begitu

Leave a Reply