CABARAN

Hidup tanpa cabaran tentu tawar atau tiada kemanisannya. Begitu juga dalam beradat, kita akan merasai kemanisannya sekiranya kita dapat mengatasi setiap cabaran. Semakin hebat cabaran yang kita hadapi, semakin manis nikmat yang akan kita rasai. Cabaran keenakan tidur dibandingkan dengan bangun 1/3 malam untuk beribadat. Cabaran nafsu makan berbanding meninggalkan makan untuk berpuasa sunat Isnin dan Khamis, apatah lagi puasa nabi Daud A.S. Waktu rehat di depan TV tentulah lebih selesa jika dibandingkan dengan tadarus atau menambah ilmu. Solat sunat rawatib lebih sukar jika dibanding bergegas untuk urusan lain. Lebih merdu dan mengasyikkan jika mendendang lagu berbanding hafalan al Quran atau bibir berzikrullah. Membelanjakan wang ringgit utuk perkara yang megembiraka lebih rasa kepuasan berbanding menyedekahkan wang tersebut kepada yang memerlukan. Mengeluarkan belanja untuk menemui orang tersayang seperti ibubapa dan saudara merupakan satu cabaran berbanding menyimpannya untuk tujuan sendiri. merendah diri dengan memulakan memberi salam atau memaafkan orang lain tidaklah semudah yang diucapkan berbanding menunggu kita disampuk atau orang memohon kemaafan kepada kita. Namun jika kita berjaya melawan untuk mengalahkan cabaran tersebut akan muncul anugerah tertinggi yang akan dianugerahiNya iaitu keninkmatan beribadat yang tiada tolak bandingnya itu kita SENTIASA DAHAGA UNTUK MENAMBAH IBADAT KITA SECARA ISTIQAMAH.

Leave a Reply