BYE BYE 2016- HISAB AMALAN!

Sesungguhnya diri sendiri yang menilai.

Umur kita semakin meningkat bermakna semakin bertambah hari-hari yang kita tinggalkan dengan nilai amalan yang bagaimana? Semakin berkurang usia kita bermakna semakin sedikit amalan yang dapat kita laksanakan! Entah besok, lusa, minggu depan atau tahun depan sahaja yang masih berbaki untuk kita beramal sebagai hambaNya!. Bagi yang berumur 56 tahun seperti pencatat artikel ini,entah berapa lama yang Allah sediakan peluang untuk bernafas dan dalam masa yang sama entah berapa banyakkah amalan yang mampu dilaksanakan.

Muhasabah diri bagaimana dengan…

Solat yang merupakan tiang agama yang pertama akan dihisab!
Bagaimana dengan kualiti solat, pelaksanaan semua rukun dan sunat, solat berjemaahnya, solat di awal waktu, aksesori solat supaya solat dapat disempurna sebaik mungkin agar ianya diterimaNya.

Solat anak dan isteriku bagaimana, adakah kami dapat bersama di syurgaNya sebagaimana kami sentiasa ingin bersama di dunia.

Bagaimana dengan amalan rukun dan sunat lain yang melengkapkan diri ini sebagai hambaNya. Adalah tetap bertambah nilai dan istiqamah?

Wakaupun usia berambah tapi tidak seiring dengan bertambah, sesungguhnya ianya amat merugikan. Kejarilah sisa nafas yang disertakan dengan kesihatan dan kelapangan untuk maksimakan amalan kita.

Sesungguhnya diri sendiri yang menilai.

Leave a Reply