BUKAN UJIAN PUN- LEMAHNYA SEORANG HAMBA!

Untuk 2-3 hari sahaja pada tahun Allah kurniakan sedikit halangan.Berbanding hampir 362 hari dianugerahi kesihatan! Bukan apapun, cuma badan terasa agak lemah. deria agak lemah menyebab selera merudum( namun masih dapat menelang sedikit air serta buahan kecuali makanan berat). Rasa macam demam tapi tidaklah demam yang sebenarnya, namun dek lemahnya iman menyebabkan amalan istiwamah harian agak terbantut sefikit. Solat sunat menjadi berkurangan apatah lagi puasa sunat! Tadarus dsn tadabut menjadi minama, zikir sekadar yang utama seperti zikir pagi petang serta zikir ringkas lain, amalan malam juga agak minima, tumpuan majlis ilmu agak pudar serta amalan- amalan menjadi defisit. Itulah lemahnya diri ini, mudahan Allah kurniakan kekuatan untuk melawan kesukaran yang sebenarnya teramat ringan. Mohon keampunan dariNya.

Leave a Reply