BUKAN SESUATU YANG MUDAH !

Pelaksanaan harus dibuat satu persatu. Bermula dari amalan yang paling mudah yang mampu kita laksanakan dan mesti dengan bersungguh melaksanakan walau amalan itu nampak mudah. Sebagai contoh, melangkah ke dalam masjid dengan kaki kanan dan diiringi dengan doanya begitu juga keluar dari masjid. Menghayati doanya akan menyebabkan kita aka merasa satu kerugian jika kita membacanya dan akan merasa kita menjadi orang yang rugi jika kita jarang melangkah ke masjid. Apabila keingin melangkah ke dalam masjid dan fadhilat doanya akan membuat kita ke masjid untuk berjamaah. Seterusnya cuba istiqamah untuk berjamaah di masjid. Namun ianya bukan sesuat yang mudah!. Ramai yang kaki masjid tetapi apabila hujan sedikit sudah berat untuk meredahnya. Apabila ada urusan maka terlupa sudah waktu solat. Dan banyak lagi, namun berusahalah dan berdoalah agar kita dikurniakan istiqamah dalam setiap amalan sama ada yang sunat atau yang wajib.

Leave a Reply