BUAT SENARAI SEMAK AMALAN HARIAN SUPAYA TIDAK CICIR

Kesibukan merupakan antara punca amalan kita terabai. Kadang-kadang bukan disengajakan, tiba-tiba sudah petang baru terperasan rupanya terlupa amalan zikir pagi, kadang-kadang tengah malam sudah baru teringat zikir petang belum dizikirkan lagi. Sudah bertipuh di saf pertama solat fardu Jumaat, baru teringat rupa lupa mandi sunat hari Jumaat sebelum ke masjid.  Begitu juga dengan amalan sunat lain, yang sering terlepas, kitakan hamba yang pelupa ‘melayu mudah lupa!”. Di antara cara mengelak kelupaan ini berulang, maka sebaiknya kita kena buat senarai semak harian . mingguan, bulanan dan tahunan. Sebagai contoh senarai semak harian “-

-doa bangun tidur

-solat malam

solat sunat rawatib

-solat berjemaah 5 waktu

– sunat dhuha

-sunat wuduk

-mandi sunat hari Jumaat(jika hari Jumaat)

-Puasa sunat ( Isnin dan Khamis)

-sikir pagi dan petang

-tadarus dan tadabur ql Quran

-majlis ilmu

-zikir-zikir lain yang telah kita istiqamah

-sedekah

-hubungan/ziarah ibu bapa/ saudara/sahabat

– dan lain-lain amalan yang disunnahkan

Leave a Reply