BUANG KEJAHILAN DALAM DIRI KITA TENTANG AL QURAN!

Mendalami ilmu al Quran merupa fardu ain bagi setiap individu. Dengan memahami tajwidnya dengan betul merupakan asas setiap bacaan kita di dalam solat. Apabila ilmu tajwid mantap, maka bacaan al Quran dan bacaan lain sama ada yang rukun dan sunnah akan menjadi sempurna. kesempurnaan tersebut memberi peluang yang cerah agar solat kita diterimaNya berbanding bacaan yang main langgar saja segala hukumnya.Ingatlah walau macam mana merdu suara pun jika lari dari tajwidnya, besar kemungkinan solat kita tertolak, berbanding suara yang kurang merdu namun bacaannya menepati tajwidnya, besar kemungkinan solat kita akan dipertimbangkan untuk diterimaNya.Itulah asas TERPENTING dalam kita berinteraksi danganNya. Selain daripada tadarus kita menepati apa yang sepatut diungkapkan, kita juga dapat membaca setiap doa dengan sebutan makhraj dan tajwid yang betul, maka kesumpurnaan doa kita lebih terserlah. Kita dituntut banyak membaca dan menghayati hadis RasulNya. Bacaan hadis-hadis akan lebih tepat jika kita mempunyai pegetahuan yang mantap tentang tajwid walaupun kita kurang mahir dalam nahu bahasa Arab. Dalam kehidupan seharian kita banyak doa, wirid,zikir dan sebagainya yang perlu kita amalkan dengan sebutan bahasa Arab.Contoh yang amat ketara ialah muezzin yang bidang terjun, suaranya merdu serta nafasnya panjang namun, sebutan tajwid dan makhrajnya tempang. Biarlah suara biasa-baasa saja, namun sebutan dan tajwidnya baik. Kita pun selalu disuruh untuk melaungkan azan dalam situasi tertentu, maka bersedialah untuk melafazkannya dengan tepat walaupun suara tidak merdu. Kemahiran kita tentang hukum tajwid tadi akan meyakinkan kita dengan amalan kita. Kesimpulannya kita WAJIB mempelajarinya tanpa sebarang alasan. Sejak akhir-akhir ini kita lihat ramai yang berada di majlis ibadat dan melaksana ibadat beramai-ramai secara ikut-ikutan. JIka ilmu al Quran tidak sempurna maka amalan lain pun akan menjadi pincang. KITA YANG BOLEH MERASAKAN.

Leave a Reply