BUANGLAH SIFAT MALASMU

Ramadhan adalah bulan yang mulia, amalan yang dilaksanakan pahalanya berganda berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Oleh itu perbanyakkan solat sunat, bertadarus, bertadabur, berzikir, bersedekah , bersaliturrahim dan sebagainya. Kehadiran kaum muslimin ke masjid nampaknya amat menggalakkan, bukan sahaja solat sunat Terawih tetapi juga solat fardu yang lain. Mudahan fenomena ini berterusan selepas Ramadhan nanti. Cuma perlu dipertingkatkan sikap malas untuk menambahkan ibadat sunat lain seperti solat sunat dan sebagainya. Sebahagiannya sudah berada di masjid sebelum solat Asar misalnya, namun masih liat untuk bardiri solat sunat qabliah Asar. Walaupun solat sunat ini tidak muakad apalah salah masa untuk beberapa minit sebelum didirikan solat fardu. Boleh juga diri solat sunat lain seperti solat sunat taubat dan sebagainya. Solat itu juga banyak doa di dalamnya, apalah salahnya jika kita ambil kesempatan mendirikan solat Mudahan doa di dalam solat kita dimakbul (doa orang berpuasa). Untuk amalan sunat lain kita kena paksa dan disiplin diri sendiri supaya sifat malas( kemahuan syaitan). Bertadaruslah walaupun untuk beberapa ayat serta tetapkan tadabur sekurang satu ayat setiap hari. Bersedekahlah walaupun 1/2 ringgit sehari. Kena bersungguh-sungguh jika tidak malas akan menguasai kita.

Leave a Reply