BOLEHKAH ?

Sempena Maal Hijrah 1434H dan tahun baru 2013M kita tingkatkan(upgrade) ibadat harian, mingguan, bulanan dan tahunan kita.

Ibadat harian dengan mengistiqmahkan solat awal waktu serta berjamaah di masjid atau Surau.membaca al Quran dan bertadarus. Jika sebelum ini, kadang-kadang kita amalkan. Apa kata kita istiqamahkan sekurang-kurang 100 ayat dengan melihat mashaf.  Solat-solat sunat yang belum aamalkan kita amalkan terutamanya solat yang menjadi amalan harian Nabi Muhammad s.a.w. Amalan zikir, tambah zikir-zikir harian yang berlandaskan dari sunnah.

Untuk amalan mingguan, kita boleh tingkatkan dari aspek menambah ilmu berkaitan dengan agama dengan menghadiri kelas Pengajian sekurang -kurang sekali seminggu secara bertalaqi dan pembacaan. Tingkatkan puasa Isnin dan Khamis secara tetap kecuali di atas sebab yang sukar dielakkan. Jika kita berjaya melaksanakannya bermakna kita melaksanakan puasa 4 bulan dalam setahun (8 hari x 11 bulan + Ramadhan).

Untuk amalan bulanan, bolehlah kita laksanakan amalan yang agak sukar dilaksanakan secara harian atau mingguan seperti solat tasbih, sedekah, ziarah, khatam al Quran  dan sebagainya.

Untuk amalan tahunan, kita buat target untuk tadabur alQuran dengan menghabis terjemahan 30 juzuz pada tahun ini. Tingkatkan dengan membaca tafsir sekurang-kurang 2 surah untuk tahun iniI.

Seandainya kita sudah istiqamah dengan sesuatu amalan samada secara harian, mingguan, bulanan dan tahun, tambahkan amalan yang baru. Pastikan kita beramal dengan ilmu dan dari guru yang mengamalkan ilmunya. Sebaiknya guru yang mempunyai sanad. Wallahu’allam.

{ Leave a Reply ? }

Leave a Reply

Pingback & Trackback

  1. Millionaire matchmaking Dallas - Trackback on 2016/06/18/ 03:35