BINA KEKUATAN SECARA KONSISTEN UNTUK KEKAL ISTIQAMAH DALAM BERIBADAT

Istiqamah merupakan satu ungkapan yang mudah disebut, namun terlalu sukar untuk mengekalkannya apatah lagi menambah nilai ibadat yang telah sebati(istiqamah)dalam diri. Hatta doa yang paling ‘simple’ seperti doa makan atau doa masuk dan keluar tandaspun kadang-kadang tidak teristiqamah!.Apatah lagi untuk istiqamah bangun malam pada masa yang tetap! Sebagai contoh, tidak mudah untuk kita istiqamah bangun malam pada jam 3 atau 3 setengah pagi untuk memastikan amalan solat, doa,tadarus, tadabur dan sebagainya dapat diamalkan setiap hari. Sukar sekali kita sebagai orang awam! Apakah puncanya? Pasti ada faktor yang menyebabkan situasi ini terjadi.Malam yang menyedih dan menakutkan ialah bukan saja amalan tersebut hilang istiqamahnya malah hilang terus dari radarnya(mohon dijauhinya). Cabaran-cabaran dalam kehidupan seharian mungkin di antara faktor hilangnya istiqamah dalam beribadah. Oleh kerana kita sememangnya sentiasa terdedah kepada dunia yang terbuka menyebabkan kesukaran untuk kita menjaga lima pancaindera yang boleh mengundang dosa yang akhirnya memberi kesan kepada ibadat yang sedang kita laksanakan. Dosa pandangan mata, dosa lisan, dosa dengar terlalu sukar dihadapi kerana ia akan datang spontan dalam kehidupan tanpa kita undang! Mujahadah menjaga lima panca indera dengan bersungguh-sungguh merupakan salah satu daripada banyak ancaman meupakan suatu kewajiban tanpa kompromi jika kita ingin kekal istiqamah alam setiap ibadat kita sehinggalah kita menutup mata untuk selamanya.

Mohon kemaaafan kepada pengujung tetap blog ini di atas kegagalan untuk istiqamah dalam berkongsi idea dalam memampatkan ibadah kita kepadaNya.

Leave a Reply