BIMBINGLAH TEMAN SUPAYA BERIMAN DAN CARI KAWAN YANG BERIMAN

Melaksanakan ibadat secara istiqamah bukan sesuatu yang mudah dilaksanakan. Walau kita memperolehi  ilmu dan ingin mengamalkannya dengan azam yang kuat namun, tanpa persekitaran yang turut mendokong menyebabkan amalan kita pasang bergantung kepada persekitarannya. Teman yang dimaksudkan ialah keluarga yang terdekat yang terdiri daripada suami atau isteri, anak pinak dan ibubapa. Manakala kawan pula rakan yang kita kerana berhubung samada Jiran, rakan masjid,rakan sekerja dan seumpamanya. Seandainya mereka ini beriman, maka keinginan  kita untuk mengamalkan ilmu yang kita perolehi akan menjadi mudah. Mereka sentiasa menyokong kita dalam perlaksanaan amal kita. Tanpa sokongan dan kerja sama mereka menyebabkan sukar bagi kita untuk istiqamah dalam ibadat. SebagaI contoh, jika ingin bersolat jamaah di masjid, jika mereka tidak memahami keinginan kita menyebabkan sukar kita istiiqamah kerana terdapat komplik tentang keutamaan . Samada solat berjamaah atau membeli belah.begitu juga jika ingin istiqamah dengan puasa isnin khamis. Keutamaan terhadap nafsu makan menyebabkan temn atau rakan sering mencadangkan supaya ibadat sunat itu ditangguhkan dahulu. Maka untuk mencapai hasrat tersebut, perlu kita mendidik teman supaya turut beriman dan carilah kawan yang beriman. Wallahu’allam

Leave a Reply