BILA BERPELUANG LAKSANAKANLAH

Kehidupan kita sentiasa dalam kesibukan. Biasa kesibukan hal berkaitan dengan keduniaan. Ini adalah lumrah, namun walaubagaimana sibuk sekali pun pasti Allah akan sediakan ruang untuk mengingatiNya, hanya kita yang tidak menyedarinya. Misalnya masa untuk Solat sunat terutama sunat rawatib. Dalam situasi ini kebiasaannya ada 3 jenis Muslim. Pertama yang gigih melaksanakan Solat sunat rawatib, kedua yang melaksanakan mengikut kelapangan dan golongan yang ketiga Muslim hanya melaksanakan yang diwajibkan sahaja. Untuk golongan pertama alhamdullah dan untuk golongan ketiga perlu diusaha supaya menjadi golongan Muslim yang kedua. Penekanan di sini ialah untuk golongan yang kedua supaya mencapai tahap golongan yang Pertama. Pada tahap golongan Pertama mereka ini tidak sekali akan melepaskan peluang untuk beribadat apabila ada peluang. Misalnya untuk golongan pertama dan kedua tidak mengambil kesempatan untuk Solat sunat rawatib walaupun berpeluang untuk melaksanakannya. Jadikan golongan Pertama dengan melaksanakan sahaja amalan apabila ada ruang dan peluang, manalah kita tidak ada kesempatan pada mass lain. Gunakanlah masa lapangmu sebelum datang waktu sibukmu, gantikan amalan masa lapangmu apa yang kamu terlepas masa sibukmu.

Leave a Reply