BILA AGAKNYA KITA MATI???

Saat kematian hanya rahsia Allah. Apa yang pasti kita akan mati. Setelah dunia ini dikhiamatkan maka, kita akan dihidup kembali! Nah! inilah saat yang pasti tiba dan menakutkan bagi mereka menyedari pembalasan yang akan diterima sepanjang diberi peluang nikmat hidup di dunia yang fana ini. Seandainya “benchmark” berdasarkan umur Nabi Muhammad S.A.W pada umur 63 tahun. Maka sekiranya umur sekarang(penulis) 53 tahun bermakna hanya tinggal 10 tahun sahaja lagi. Sekiranya “benchmark” purata umur penduduk Malaysia ialah 74 tahun, maka ada 21 tahun lagi. Itupun belum diambil kira pelbagai penyakit dihadapi sama ada akibat pemakanan atau gaya hidup tidak sihat. Apatah yang mewarisi atau bakal mewarisan penyakit keturunan seperti darah tinggi, kencing manis, asma, kanser dan pelbagai penyakit yang berkaitan keturunan atau cara urus tadbir diri. Seandainya telah ditakdirkan mati mengejut dengan pelbagai sebab, maka ianya akan berlaku dengan tiba-tiba tanpa sebarang amaran atau petanda seperti tanda sakit tua atau penyakit 3 serangkai yang pada puratanya juga boleh memendekkan nyawa kecuali dengan izinNya yang memanjangkan usia walau ditimpa pelbagai penyakit yang serius, namun tetap bertahan!.
Nah! bilakah agaknya giliran kita? tidak inginkah kita bersedia untuk sebarang kemungkinan di atas? Apakah kita merasakan siksa bahana nerakaNya seperti terkena air panas? Maklumkah kita bahawa siksa yang paling ringan ialah dengan dipakaikan sepatu neraka yang kepanasan mendidih otak? Maklumkah kita berapa ganda kepanasan api nerakaNya? maklumkah kita bahawa sehari di akhirat bersamaan 1000 tahun di dunia? ataukah kita tidak kisah? Kisah-kisah kepanasan api neraka dijelas secara terperinci di dalam al Quran dan hadis. Kisah-kisah kenikmatan di syurga juga diperincikan oleh Allah dan RasulNya. Apakah pilihan kita? Cukupkah amalan yang kita lakukan ala kadar untuk meraih syurga dan menghidari nerakaNya.

Cukupkah dengan amalan kita kira-kira satu jam dan 23 lagi dipenuhi dengan dosa atau masa itu berlalu begitu sahaja tanpa amalan yang membolehkan kita menggapai syurga dan menghidari nerakaNya? Sekadar solat lima waktu, kadang-kadang berjemaah dan banyak yang solat bersendiri. Sekadar berpuasa ramadhan dengan menahan lapar dan dahaga tanpa menjaga kesempurnaan puasa.
Majoritinya memang solat lima waktu dan berpuasa bulan Ramadhan. Sudah cukup dan sempurnakah amalan tersebut sehingga kita tidak perlu menambah amalan lain yang secara jelas dan terperinci diperintahNya dan dihadiskan oleh RasulNya. Seandainya amalan tersebut sudah memadai untuk meraih syurgaNya dan dapat menghidari dari dihumbangkan ke nerakaNya kenapa beribu hadis yang menyarankan amalan tambahan untuk mendapat redhaNya? Melalui hadis yang sahih kita ditekankan tentang pentinynya melakukan perkara sunat selepas yang difardukan dan perkara-perkara yang perlu dihindari. Penekanan terhadap solat sunat, puasa sunat, bangun malam, kasih sayang, pengorbanan dan seribu satu macam penekanan yag dijelaskan bahawa mereka yang melaksanakannya adalah orang yang soleh atau solehan. Orang soleh sudah pasti merupakan hambaNya yang paling disukaiNya.
Sudah solehkah kita? orang soleh ganjarannya syurga di akhirat , malah hatinya seolah-olah merasai nikmat syurga dunia walaupun makhluk melihatnya biasa sahaja. Sebelum kematian menjemput, sudah pasti kita ingin berada di kalangan orang soleh sebagaimana doa orang hidup untuk mereka yang telah pergi. Kita biasa mendengar doa ” semoga sipolan dan sipolan di tempatkan bersama orang-orang yang soleh”
Jadi bila kita ingin bermula berusaha menjadi orang soleh? Tunggu sehingga hampir mati? tapi persoalannya bila agaknya kita akan mati? Tunggu hampir dengan 63 tahun tau 74 tahun! Bagaimana jika kematian berlaku di luar jangkaan kita? Solusinya ialah bermulalah dari sekarang untuk menjadi orang soleh! Dalamilah ciri-ciri yang digariskan sunnah untuk menjadi orang soleh dan amalkan. Moga kita dimatikan sebagai orang soleh atau sedang bertungkus lumus menjadi orang soleh. DAN YANG PALING CEMERLANG DAPAT MENJADIKAN ORANG LAIN JUGA SEBAGAI ORANG SOLEH.

Leave a Reply