BIDA’AH – BAGAIMANA KITA MENGHADAPINYA?

BIDA’AH merupakan amalan yang dilaksanakan bukan daripada sunnah. Oleh sebab itu ramai yang menghindarinya malah tidak menyenangi mereka yang melaksanakan. Memanglah perlu menghindari amalan yang membawa kepada bida’ah. Dalam beramal sebenarnya terlalu banyak amalan yang bersumberkan sunnah! Dalam kita sangat sensitif dengan amalan bida’ah adakah kita juga sangat sensitif dengan setiap amalan sunnah? Apakah telah kita amal dan berusaha beramal bersungguh-sungguh setiap sunnatnya.JANGAN kita hanya memerangi bida’ah tapi dalam masa yang sama tidak kita laksanakan sunnahnya! Sebagai misalnya dalam solat banyak amalan sunnah yang menjadi amalan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaiwasallam sekiranya kita bersolat sebagaimana baginda Sallallahu ‘alaiwasallam solat. Doa iftitahnya yang kita baca adakah masih sama dengan apa yang kita baca dua puluh tahun dulu? Apa kita telah membaca sebagaimana amalan bacaan yang lengkap apabila kita membaca doa iftitah? Bagaimana bacaan ketika rukuk dan sujud? Adakah ada penambahan sebagaimana diamalkan oleh Rasul Sallallahu ‘alaiwasallam baca atau sama sebagaimana apa yang baca semasa sujud puluhan atau balasan tahun dulu? Bacaan tahiyat akhirnya sudah lengkap sebagai diajar oleh sunnah atau masih sama macam bacaan semasa mula-mula kita solat dulu?. Semua doa harian adakah kita telah mengamalkan sepenuhnya atau sekurang-kurangnya sedang berusaha ke arah 100% mengikut sunnah. Zikir harian pagi dan petang sudah istiqamahlah? Kerana itu yang diajar oleh Rasul Sallallahu alaiwasallam! Bagaimana dengan amalan puasa sunat ? Itu sangat dituntut sunnah! Sudah LAKSANAKANKAH? Solat sunat seperti rawatib, awabin,taubat, witir, wuduk, solat malam, tasbih dan sebagainya bagaimana? Sudahkah kita bersungguh melaksanakan sunnahnya sebagai mana kita memerangi bida’ah? Di antara amalan yang paling utama solat berjemaah di masjid atau surau bagaimana sudahkan mencapai KPI 100 % solat berjemaah atau sekurang-kurang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengatasi halangan yang menyebabkan kita terhalang untuk hadir berjemaah? Atau masih melayan rasa malas untuk ke masjid? Hubungan saliturrahim sesama manusia terutama ahli keluargamu bagaimana? Tidakkah kamu cuba membantu saudaramu yang memerlukan bantuan? Dan terlalu banyak amalan sunnah yang belum kita laksanakan berbanding berapa amalan bida’ah yang kita begitu elegi dengannya. JAUHI bida’ah dan dalam masa yang sama cubalah laksanakan sunnah sepenuhnya. JANGAN sekadar kita JAUHI bida’ah tetapi sunnah hanya sebahagian kecil sahaja kita amalkan.

Leave a Reply