Biarlan Puasa dan Solat kita Mabrur

Alhamdulillah, hari ini adalah hari kelima umat Islam dapat melaksanakan ibadat puasa dengan aman dan tenang. Ibadat puasa khas untuk Allah SWT. Apakah pemberiaan kita itu adalah yang terbaik? Jika buat anologi apabila kita menerima hadiah dari seseorang apakah perasaan kita jika kita diberi hadiah yang paling istimewa ? Apakah puasa yang kita laksanakan adalah terbaik untuk dianugerah kepada Allah? Sekiranya soal ini sentiasa di sanubari kita isyaAllah ia akan menjadi puasa yang terbaik kita. Utuk kesempurnaan puasa atau solat semesti segala perintahnya kita harus patuhi. Adalah malang, hukum puasa kita ikuti tetapi hukum-hukum lain kita langgar seperti menutup aurat, perbuatan yang bertentangan dengan syariah, apakah kedudukan amalan kita. Analoginya kita memecahkan pintu rumah saudara kita kerana ingin menyampaikan hadiah kepada mereka, apakah perasaan saudara kita itu?

Alahamdulillah pada malam hari pula masjid dan surau berbodong-bodong untuk bersolat terawih. Apa yang menyedihkan ialah pelaksanaan solat tanpa tomaninah, kerana mengejar masa. Sedangkan terawih sendiri bermaksud berehat, Jadi semua pihak, samada imam atau makmum semestinya mematuhi syarah sah solat supaya solat tidak sia-sia. Kalau tidak mampu buat 20 laksanakan 8 sahaja, yang utama solat kita mabrur. Seperti haji, solat dan puasa yang mabrur balasannya adalah syurga yang kita kekal selamanya.

Leave a Reply