BIARLAH

Biarlah orang tidak mengenal kita, orang menjemput kita ke majlisnya, tidak menyebut pun kita di majlisnya, tidak mempedulikan kita pada majlisnya dan di luar majlis. Biarlah mereka tidak memuji kita, tidak mengiktiraf ilmu dan menganggap diri kita tiada apa-apa. NAMUN, ALLAH SENTIASA MELIHAT DAN MENILAI KITA UNTUK MENGURNIAKAN RAHMAT DAN PAHALA KEPADA JIKA IKHLAS DALAM PERBUATAN DAN IBADAT KITA.
Oleh itu sentiasa mengenalkan orang, menjemput orang lain menyebut kebaikan orang lain, mengambil berat hal orang lain, memuji orang lain, menganggap orang lain penting dan menghormat orang lain. Caranya apabila ke majlisnya doakan kesejahteraan dan keampunan kepada mereka dengan sebagai seorang tetamu, jika diberi makan atau doakan mereka dengan doa yang disyorkan sunnah apabila orang memberi makan dan minum kepada kita. Sebelum ke sesuatu majlis, beresedialah dengan doa-doa yang disyorkan oleh Rasulullah S.A.W atau amalan para solihin. Hargailah jemputan dan anggaplah jemputan itu rezeki untuk kita dan tuan rumah.

Leave a Reply