BIARLAH KITA RASA AMAT RUGI JIKA TERLEPAS ……..

Biasanya kita akan merasa kerugian yang teramat sekiranya kita kehilangan atau terlepas sesuatu yang bernilai, yang amat disayangi atau suatu peluang yang baik. Namun, bagaimana dengan terlepasnya peluang untuk mengekalkan ibadat yang telah istiqamah? Tidakkah kita merasa teramat rugi jika kita tertinggal solat fardu berjemaah? Tertinggal solat witir atau solat malam( walaupun tanpa disengajakan)?, terlalai wirid zikir pagi dan petang? Terhalang untuk solat sunat dhuha? Gagal untuk tadarus dan tadabbur secara maksima? Terpaksa abaikan puasa sunat kerana keadaan todak mengizinkan? Gagal menziarah keluarga dan sahabat handai dek kerana halangan masa? Gagal bersedekah secara konsisten kerana keperluan dunia yang lebih kuat menggamit? Gagal hadir majlis ilmu demi kesibukan urusan keduniaan? Dan pelbagai amalan yang terbatut dek kelemahan diri! Tidakkah kami bersedih! Bersedihlah kerana hal tersebut agar Allah tidak menggagalkan amalan yang telah istiqamah!

Leave a Reply