BIARLAH KITA BELUM BANYAK ILMU ASALKAN KITA AMALKAN SECARA ISTIQAMAH ILMU YANG TELAH KITA PEROLEHI

Di negara kita adalah ribuan, mungkin puluh ribuan ilmuan yang berkelulusan dalam bidang agama. Sama ada lulusan IPT tempatan atau luar negara. lulusan sekolah pondok, lulusan pusat tahfiz, lulusan pusat pengajian yang tidak formal, lulusan hasil menerokai sendiri melalui pelbagai sumber dan mungkin jutaan yang menyedari wajibnya solat fardu, keutamaan amalan sunat sama ada solat-solat sunat atau puasa sunat, solat tertentu seperti solat witir taubat dan sebagainya, kelebihan qiamulai, kelebihan solat berjemaah, kelebihan zikir-zikir dan sebagainya. Namun pada hakikatnya kita lihat rumah Allah masih jauh dari mencapai KPI solat berjemaah sekurang-kurang 50 % penduduk setempat yang hadir berjemaah dan solat pada awal waktu. Tercapaikah KPI qiamulai malam secara istiqamah, Tercapaikah KPI hadir solat fardu Subuh berjemaah melebihi 50 % penduduk setempat. Berapa ramai ilmuan yang konsisten hadir berjemaah berbanding bukan ilmuaan. Dikebanyakkan tempat, bukan ilmu lebih mendominasi rumah Allah dan ada setengah tempat 100 % di dominasi oleh mereka yang bukan berlatar belakangkan bidang agama secara formal! Kenapa fenomena ini terjadi ? ilmu agamanya mantap tapi amalan hampas! Untuk penyelesaiannya bagi kita hendaklah amalkan apa yang kita pelajari atau tahu secara bersungguh-sungguh dan istiqamah dan jangan sekali menjauhi ilmu dan apa yang kita perolehi amalkanlah. itulah kuncinya. Ilmu untuk diamal dan dikembangkan bukan untuk sumber kehidupan semata-mata.

Leave a Reply