BIARLAH INI KITA!

Menjaga pahala puasa hingga hari-hari yang terakhir. Menjaga solat terawih dengan sebaik dan semaksimanya hingga malam yang terakhir Ramadhan. Tadabur dan tadarus al quran hingga hari terakhir dan hari-hari seterusnya. Bersedekah apa yang ada dari dulu. kini dan selamanya. Berzikir pagi, petang dan seluang masa yang ada sehingga mata kita tetutup dan bibir kita tidak bisa lagi bernafas, solat sunat dan solat malam berterusan sehingga kita dipanggilNya. Puasa Ramadhan pasti akan dilengkapi dengan puasa sunat sehingga jasad dikandung badan. Harapanku untuk menggapai lailatul Qadar sendiri bersemamarak dan akan ku kejar sehingga tamatnya Ramadham kali ini dan aku tidak berputus asa untuk memburunya di Ramadhan mendatang jika diizinNya bertemu lagi Ramadhan yang akan datang. Apakah ini puasa terakhir kita ? Jika yang terakhir, ya Allah jadikan puasa ini yang tervaik ENGKAU mabrurkan. Ya Allah berilah peluang untuk hadir lagi di Ramadhan yang mendatang agar dapat ku baiki banyak kesalahan dalan ibadatku agar menjadi yang terbaik. Ramadhan ini pasti pergi dan yang akan datang belum pasti bertemu! Ya Allah ampunilah dosaku yang banyak ini dan pertimbangkan amalan puasaku dan segala amalanku sepanjang bulan MULIA ini untuk ENGKAU terima sebagai satu ibadat hambaMu yang hanya bergantung kepada RAHMAT-MU.

Leave a Reply